Healthcare Information and Management Systems Society ( singkatannya HIMSS) ialah penunjuk berkualiti tinggi bagi penjagaan perubatan pintar di institusi perubatan global. Presiden Pusat Perubatan Universiti China Zhou De Yang mengetuai pasukan elit untuk memenangi anugerah HIMSS di Amerika Syarikat pada tahun ini dengan bekerja keras. Penilaian " Digital Health Indicator (DHI)" mencapai keputusan yang cemerlang, dan dipilih sebagai tiga teratas hospital pintar terbaik di dunia. Keputusan klinikal penjagaan perubatan pintar telah mendapat kepujian dari juri antarabangsa. HIMSS ialah organisasi perunding yang paling penting untuk strategi kesihatan digital global. Ia sentiasa terkenal dengan penilaian standard tinggi transformasi kesihatan digital (Digital Health Transformation). Pusat perubatan kedudukan tertinggi seperti Mayo Clinic, The University of Texas M. D. Anderson Cancer, Cleveland Clinic, Pusat Stanford Health Care dan lain-lain adalah semua ahli organisasi perubatan HIMSS di Amerika Syarikat.
HIMSS di Amerika Syarikat menilai "penunjuk kesihatan digital" hospital di seluruh dunia dengan kuasa pembaharuan empat aspek, termasuk: " Keupayaan operasi interaktif maklumat(Interoperability)" - menyemak data masa nyata hospital untuk berhubung dengan sistem kesihatan dengan lancar, " Penjagaan Kesihatan Humanistik(Person-Enabled Health)" - mengkaji cara hospital dengan bersifat kemanusiaan, menggunakan hasil data untuk membina inovasi penjagaan kesihatan peribadi, "Analisis Ramalan(Predictive Analytics)" - Periksa bagaimana hospital boleh mengubah data kepada pengetahuan, mewujudkan perubatan peribadi, meramalkan risiko, memperoleh hasil penjagaan terbaik dan secara aktif mengoptimumkan hasil kesihatan kumpulan, "Tadbir Urus & Tenaga Kerja(Governance & Workforce)" - memastikan privasi perubatan, keselamatan, pengurusan dan tanggungjawab, menjadi sistem penjagaan kesihatan digital yang mampan dan berprestasi tinggi. Pusat Perubatan Universiti China telah mencapai markah tinggi dalam semua empat aspek, menjadi wakil hospital pintar global.
Sebenarnya, Pusat Perubatan Universiti China menerima perkara yang baik terus-menerus, Selain baru-baru ini ia dianugerahkan pensijilan markah tinggi hospital pintar oleh HIMSS di Amerika Syarikat, ia juga telah menerima beberapa pengiktirafan luar.Pada hujung tahun lepas, Sistem Pusat Perubatan Universiti China memenangi sejumlah 23 Anugerah Kecemerlangan Inovasi Negara dan Anugerah Inovasi Negara. Pada awal tahun ini, Pusat Perubatan Universiti China memenangi 19 lagi Anugerah Label Kualiti Negara SNQ, antaranya Anugerah Bioteknologi dan Kualiti Perubatan Negara memenangi satu piagat perak dan satu piagat gangsa, serta memenangi sejumlah 11 label daripada Anugerah Kualiti Perubatan Negara NHQA, termasuk dua pingat perak dan empat anugerah merit. Kebanyakan anugerah tersebut adalah transformasi penjagaan perubatan pintar kepada kualiti produk kejururawatan, pencapaian cemerlang transformasi digital telah diperhatikan oleh komuniti perubatan global.
Tiga platform pintar Pusat Perubatan Universiti China : "Platform Antibakteria Pintar", "Rangkaian Jantung Bantuan Taiwan Tengah", "Integrasi Pintar untuk Menyelamatkan Gangguan Pernafasan Akut" mendapat pujian daripada HIMSS di Amerika Syarikat
Di bawah pimpinan Presiden Zhou De Yang, seawal tahun 2019 Pusat Perubatan Universiti China memperoleh penilaian tahap 7 tertinggi bagi Model Kematangan Rekod Perubatan Elektronik (EMRAM), pada tahun ini juga dianugerahkan pensijilan markah tinggi "Penunjuk Kesihatan Digital DHI" HIMSS. Presiden Zhou De Yang berkata bahawa Pusat Perubatan Universiti China terutamanya berdasarkan pencapaian klinikal tiga platform perubatan pintar untuk sorotan penambahbaikan, telah menerima anugerah pensijilan markah tinggi daripada akreditasi antarabangsa:termasuk sistem pintar antibakteria untuk memerangi jangkitan nosocomial secara holistik - " Platform Antibakteria Pintar i.A.M.S", Sistem diagnosis bantuan AI infarksi miokardium jauh- "Rangkaian Jantung Bantuan Taiwan Tengah", dan " Integrasi Pintar untuk Menyelamatkan Gangguan Pernafasan Akut" yang menggunakan data visual untuk memahami kod pernafasan.
Presiden Zhou De Yang mengambil " Platform pintar i.A.M.S antibakteria" sebagai contoh, ia adalah penjagaan kesihatan kepada pesakit sepsis, hospital secara sistematik mewujudkan aliran maklumat yang selamat, dan berdasarkan dengan data meramalkan rintangan dadah dan sepsis untuk meningkatkan hasil klinikal yang lebih baik. Bilangan pengguna telah melebihi 140,000 orang setakat ini. Melalui gabungan teknologi maklumat (IT), kecerdasan buatan (AI) dan sistem perisian dan perkakasan, ia digunakan dalam amalan klinikal. Dengan gabungan peralatan ujian dan data besar AI , ia boleh lebih cepat mendiagnosis strain bakteria dan rintangan dadah. Beliau berkata bahawa data klinikal yang dibentangkan oleh " Platform Pintar i.A.M.S Antibakteria " mempunyai kadar ketepatan 90% dalam memerangi bakteria super dalam jangkitan nosokomial. Bagi analisis ubat- bakteria tahan, masa menilai keputusan dari 72 jam dipendekkan dalam masa 1 jam, memberi ubat yang tepat pada masa yang tepat, dan ramai pesakit yang hampir mati telah diselamatkan. Presiden Zhou De Yang berkata bahawa menganalisis data, melalui campur tangan platform pintar antibakteria, kadar kelangsungan hidup jangkitan Staphylococcus aureus meningkat sebanyak 11.7%, dan kadar kelangsungan hidup jangkitan Klebsiella meningkat sebanyak 23.7%. Antibiotik diberi pada kadar yang hampir salah, telah dikurangkan dengan cepat dari 12.1% kepada 0%, ia juga membantu doctor mengetahui sasaran dengan lebih cepat, menggunakan ubat yang betul, memberikan bantuan ubat yang tepat, mengurangkan kadar kematian pesakit dan mengurangkan kos perubatan yang besar, semuanya mengagumkan para juri antarabangsa.
Dari segi "Rangkaian Penolong Jantung Taiwan Tengah", Presiden Zhou De Yang menjelaskan lagi bahawa sejak tahun lepas, Pusat Perubatan Universiti China telah memberi tumpuan kepada pesakit dengan infarksi miokardium dan mengembangkan kerjasamanya dengan 29 daerah pentadbiran Taichung dan kerajaan Daerah Nantou untuk memasangkan "Sistem Diagnosis Bantuan AI Infarksi Miokardium Jauh" di ambulans Daerah Tengah Taiwan, dan juruteknik ambulans boleh segera mengendalikan elektrokardiogram, data dihantar ke sistem awan, dan kecerdasan buatan boleh menilai sama ada ia adalah infarksi miokardium dalam 37 saat, pendekkan proses pemeriksaan pesakit dengan ketara dan menyelamatkan ramai nyawa pesakit infarksi miokardium, Sistem AI Bantuan Ambulans juga memberi kejutan kepada Kajian Berwibawa Persatuan Perubatan Amerika;
Di samping itu, pasukan Pusat Perubatan Universiti China"Integrasi Pintar untuk Menyelamatkan Gangguan Pernafasan Akut", melalui kerjasama dengan Pejabat Maklumat, membina "Panel Pemantauan Masa Nyata Gangguan Pernafasan Akut (ARDS)", memfokuskan kepada pesakit yang mengalami masalah pernafasan akut , menggunakan penjagaan perubatan pintar untuk menyepadukan data perubatan pada setiap bahagian dan panel pemantauan masa nyata menunjukkan maklumat keadaan dan pelbagai nilai pada setiap pesakit; contohnya peta pengedaran status boleh menunjukkan perkadaran pesakit yang mengalami masalah pernafasan akut, alat pengudaraan, nisbah agen penekan dan dialisis berterusan yang digunakan; mengikut nisbah PF, ia disusun mengikut kaedah kuasa menaik, pemeriksaan pesakit jadi lebih cepat, dan kes indeks boleh ditemui dalam masa nyata, kemudian membantu doktor dan jururawat memahami keadaan perubahan dengan cepat dan melaksanakan strategi rawatan pengudaraan perlindungan paru-paru pada awalnya untuk meningkatkan kadar penyembuhan pesakit, dan papan pemuka visual (Dash Board)kawal data pesakit, berjaya menyelamatkan gangguan pernafasan akut dengan perubahan yang cepat, dan mengurangkan kadar kematian di ICU sebanyak 16.7% selepas satu tahun campur tangan.
Selain itu, Pusat Perubatan Universiti China telah melaksanakan perkhidmatan digital pada bahagian pesakit, termasuk wad pintar dan sistem perubatan "Titik APP-Perubatan China ", telah menerima markah tinggi daripada juri antarabangsa HIMSS; wad perubatan pintar yang direka untuk pesakit dalam, ia boleh dengan cepat mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan sumber perubatan dengan satu panel, meningkatkan keselesaan kualiti penjagaan kesihatan, dan memberi manfaat kepada pesakit; "Titik APP-Perubatan China" yang direka untuk pesakit luar boleh melengkapkan temu janji pesakit seperti pendaftaran, mengambil ubat penyakit kronik, perkhidmatan dialisis, penjagaan pesakit dalam, perkongsian kakitangan perubatan serta pesakit, menyintegrasi sumber merentas hospital. Antaranya, pesakit hemodialisis boleh mendapatkan pemantauan keselamatan jarak jauh daripada doktor dan juruteknik dialisis melalui APP, dan menerima hemodialisis di rumah tanpa pergi ke hospital, menjimatkan 90 hari setahun. Menjimatkan masa pesakit dan meningkatkan kecekapan tenaga kerja hospital dengan berkesan mendapat penghormatan ulasan tinggi.
Penjagaan digital inovatif "Berpusatkan Pesakit" Pusat Perubatan Universiti China
telah disahkan sebagai hospital pintar dengan penilaian tinggi
Persiden Zhou De Yang menekankan bahawa pada premis mengambil data sebagai asas penjagaan, Pusat Perubatan Universiti China telah membina penjagaan kesihatan digital inovatif dan peribadi, menyediakan perkhidmatan sehenti dari pesakit luar serta kecemasan pesakit hingga tinggal di hospital, memudahkan aliran kerja keseluruhan kakitangan perubatan dengan penggunaan platform digital. Dengan era rangkaian 5G, ujian fisiologi pakai peribadi boleh memuat data ke sistem awan pada bila-bila masa, teleperubatan tiada lagi jarak di institusi perubatan. Presiden Zhou berkata bahawa Pusat Perubatan Universiti China menggunakan perisian video masa nyata di Kampung Dili, Perbandaran Xinyi, sebuah bandar yang terpencil, menghubungkan penjagaan perubatan dengan teknologi digital, berjaya mencipta perkhidmatan perubatan jauh untuk penduduk luar bandar, membolehkan doktor, pasukan perubatan dan pesakit di setiap sudut dihubungkan melalui penjagaan perubatan pintar, menggunakan berbilang alat digital (digital tool) untuk urusan pesakit dan menyediakan persekitaran penjagaan perubatan yang lebih inovatif dan optimum bagi pesakit.
HIMSS USA ialah organisasi bukan untung yang berdedikasi untuk meningkatkan kualiti perubatan, keselamatan dan keberkesanan kos melalui penggunaan optimum sistem pengurusan teknologi maklumat. Ia asas pada tahun 1961, pejabat di Illinois, Chicago, ahli HIMSS hampir 120,000 orang di seluruh dunia, lebih daripada 550 institusi perkhidmatan perubatan, lebih daripada 500 rakan kongsi bukan untung dan lebih daripada 430 pengeluar, ia telah berkhidmat kepada komuniti kesihatan global selama 60 lebih tahun. Tumpuan kerja merangkumi Amerika Utara, Eropah, UK, Timur Tengah dan Asia Pasifik.
Presiden Zhou De Yang berkata bahawa Pusat Perubatan Universiti China terutamanya berdasarkan pencapaian klinikal tiga platform perubatan pintar untuk sorotan penambahbaikan, telah menerima anugerah pensijilan markah tinggi daripada akreditasi antarabangsa:ia adalah sistem pintar antibakteria untuk memerangi jangkitan nosocomial secara holistik - " Platform Antibakteria Pintar i.A.M.S", Sistem diagnosis bantuan AI infarksi miokardium jauh- "Rangkaian Jantung Bantuan Taiwan Tengah", dan " Integrasi Pintar untuk Menyelamatkan Gangguan Pernafasan Akut" yang menggunakan data visual untuk memahami kod pernafasan.
Presiden Pusat Perubatan Universiti China Zhou De Yang mengetuai pasukan elit untuk memenangi anugerah HIMSS di Amerika Syarikat pada tahun ini dengan bekerja keras. Penilaian " Digital Health Indicator (DHI)" mencapai keputusan yang cemerlang, dan dipilih sebagai tiga teratas hospital pintar terbaik di dunia. Keputusan klinikal penjagaan perubatan pintar telah memperolehi kepujian dari juri antarabangsa. HIMSS ialah organisasi perunding yang paling penting untuk strategi kesihatan digital global. Ia sentiasa terkenal dengan penilaian standard tinggi bagi transformasi kesihatan digital (Digital Health Transformation).
Naib Presiden Li Guang Shen memberi taklimat kepada HIMSS di Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa pelbagai platform perubatan pintar Pusat Perubatan Universiti China telah meningkatkan kualiti penjagaan dan pencapaian cemerlang transformasi digital telah mendapat perhatian oleh para juri antarabangsa, ia juga melaksanakan perkhidmatan digital pada bahagian pesakit , termasuk wad pintar dan sistem perubatan "Titik APP-Perubatan China", juri antarabangsa HIMSS memberikan penilaian yang tinggi.
Pusat Perubatan Universiti China memenangi pensijilan markah tinggi HIMSS "Petunjuk Kesihatan Digital" di Amerika Syarikat, ia juga memenangi beberapa penunjuk kualiti baharu di Taiwan. Pada penghujung tahun lepas, Pusat Perubatan Universiti China memenangi sejumlah 23 Anugerah Kecemerlangan Inovasi Negara dan Anugerah Inovasi Negara. Pada awal tahun ini, ia memenangi 18 lagi Anugerah Label Kualiti Negara SNQ, antaranya Anugerah Bioteknologi dan Kualiti Perubatan Negara memenangi satu piagat perak dan satu pingat gangsa, serta memenangi sejumlah 11 Anugerah Kualiti Perubatan Negara NHQA, termasuk dua pingat perak dan empat anugerah merit.